JAGUNG
izin kan saya berkongsi sedikit sebanyak cara penanaman jagung. Post ini saya kreditkan kepada abang saya yang memang mengusahakan tanaman jagung di Tok Bali Kelantan. Dengan 11,000 pokok ditanam setiap musim. Saya rasa dia ada kelayakan untuk berkongsi tips dan petua.
Semoga ia bermanfaat untuk ahli-ahli group.
Bismillah..
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
1. Benih AG SEEDS F1 316 beli sini 👉🏻👉🏻 https://shope.ee/4pdHHPZo8m
2. Media semaian
3. Tray semaian
4. Canvas @ plastik
5. Baja Nova Tec 👉🏻👉🏻 https://shope.ee/1VMpJLc5A0
6. Baja urea
Jom kita tengok proses penanaman jagung.
PROSES 1.
Sediakan media semaian, sama sahaja proses untuk menyemai apa-apa tanaman.
Masukkan media kedalam bekas tray semaian. Basahkan dengan air. Dan mula menyemai biji benih jagung.
Kemudian tray semaian "KUKUS".
Kukus yang dimaksudkan bukanlah kena kukus guna dapur.. 😅 Proses "KUKUS" ialah tray semaian di bungkus dengan plastik atau canvas selama 2 hari. Ini untuk mewujudkan persekitaran yang lembab bagi mempercepatkan proses percambahan biji benih.
PROSES 2
Selepas 2 hari disemai, benih akan mula bercambah. Alihkan alas plastik dan biarkan tray semaian di tempat yang teduh.
Proses ini mengambil masa selama 2 minggu.
Kemudian kita akan buat proses pembajaan yang pertama.
Bila pokok sudah berusia 2 minggu
Guna kan Baja Nova Tech (Biru) bancuh dengan air dan siram pada anak pokok.
**ratio baja saya akan update kemudian
Selepas baja disiram, biarkan selama beberapa jam. Dan siram air biasa untuk bilas baja yang disiram tadi.
PROSES 3.
Proses memindahkan anak pokok ke tanah atau polibag.
Buat lubang dengan kedalaman anggaran setengah jengkal. Dan pindahkan anak pokok kedalam lubang. Siram pokok yang sudah dipindahkan.
Selepas 2 minggu pokok dipindahkan.
Mulakan proses pembajaan. Menggunakan baja Nova Tec.
Siramm pokok mengikut kesesuaian
Proses 4.
Bila tanaman berusia 40hari, baja urea diletakkan pada tanaman bagi menghasilkan jagung yang manis.
Proses 5.
Jagung boleh mula dituai bila berumur 60 hari.
2 minggu sebelum tuai boleh lah petik buah jagung muda "ketiak jagung" dan tinggalkan jagung yang bersaiz besar sahaja.
Sekian.
Maaflah kalau penerangan saya ni terlampau ringkas. Saya harap posting saya ni sedikit sebanyak dapat memberi gambaran ringkas akan proses penanaman jagung. Baik secara commercial atau pun sekadar hobi.
Credit Mohd Khairul Azmi
Comments
Post a Comment